Sunday 13 July 2014

Jenis Dan Saiz Kad Kahwin Kiut 2014

Semua masyarakat yang digelar warganegara tahu menahu mengenai pemasaran Kad Kahwin, dan juga cara-cara proses pemasaran Kad Kahwin.Tetapi ramai juga yang tidak tahu dan juga keliru ketika hendak membuat tempahan kad kahwin. Mungkin segelintir masyarakat hanya tahu menempah Kad Kahwin sahaja, tetapi tidak tahu mengenai bentuk saiz dan jenis kad yang dipasarkan.

Bercakap mengenai Jenis dan Saiz Kad Kahwin, kebanyakkan masyarakat di Malaysia yang bakal digelarkan pasangan pengantin mengalami masalah kesukaran untuk membuat pilihan dan keliru dalam hal pemilihan saiz dan jenis kad kahwin.

Sehubungan dengan itu, kami akan menerangkan serba sedikit ilmu berkenaan Saiz dan Jenis Kad Kahwin. Saya akan mulakan penerangan tentang Jenis-Jenis Kad. Kad Kahwin dibahagi kepada dua jenis kad.

Kad yang pertama jenis art kad yang mempunyai keberatan 260gram persquare meter(gsm). Art kad salah satu kad yang terlaris kerana kad ini mempunyai permukaan yang licin dan amat sesuai untuk cetakan warna yang konsisten. Sehubungan dengan itu kad ini selepas dicetak, cetakan warna kelihatan jelas dan seimbang. Kebiasaan ketebalan kad yang digunakan untuk pecetakan Kad Kahwin adalah 260gsm.
Kad yang kedua, jenis kad simili yang mempunyai saiz berat 140gsm. Kertas simili hampir sama dengan jenis kertas A4 yang biasa. Hanya tempahan untuk ReadyMade sahaja yang menggunakan kad berjenis simili. ReadyMade mempunyai 6 jenis reka bentuk kad kahwin yang tidak boleh diubah suai sewaktu proses penempahan bagi setiap design. Untuk keterangan kad ReadyMade, pihak kami akan mengantar segala keterangan kad ReadyMade melalui e-mail anda.
Selanjutnya, berkenaaan dengan Saiz kad kahwin. Kad kahwin mempunyai tiga jenis kad seperpti Kad Kahwin Poskod, Kad Kahwin Lipat 1, Kad Kahwin Lipat 2, setiap jenis mempunyai berlainan saiz kad. Antaranya seperti :-
    1)   Kad Kahwin Poskad ( Tiada Lipat ) :

v  4 inci x 6 inci




     v  4 inci x 8 inci







    2)  Kad Kahwin Lipat 1 :

       v  4 inci x 6 inci




v   4 inci x 8 inci



  


 v  6 inci x 6 inci




   3)  Kad Kahwin Lipat 2 :


       v  4 inci x 6 inci



 v  4 inci x 8 inci 
















         






0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.

You can replace this text by going to "Layout" and then "Page Elements" section. Edit " About "